Kelas Membuat Kad Ucapan (Microsoft Publisher)

9 December 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Disember yang lepas, Pusat Internet Kg Luak telah mengadakan kelas membuat kad ucapan sempena Hari Krismas dan Tahun baru yang akan datang. Para peserta seronok untuk membuat kad ucapan untuk ditujukan kepada keluarga dan kawan – kawan. Antara pengisian aktiviti adalah seperti, para pelajar didedahkan cara untuk menggunakan Microsoft publisher, memasukkan gambar dan seterusnya membuat ucapan pada kad tersebut.

Selain itu, dengan adanya kelas seperti ini, dapat menarik minat komuniti untuk berkunjung ke Pusat Internet dan seterusnya dapat melahirkan komuniti yang celik IT pada masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali